Perjuangan Bermula

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua. Bosan tul la PKP 2.0 ni ek. Tapi apa nak buat, salah kita jugak cepat sangat rasa selesa kan.... ok lah kita sambung cerita sebelum ni k.

Pada 07.01.1998, aku telah lapor diri di IPK Kuala Lumpur, masa tu ayah aku hantar, pepagi pas subuh dah gerak. Bila dah lapor diri, ramai jugak squad aku yang kena lapor di sini. Pegawai IPK pun bahagi²kan la kami ni ke bahagian² dan aku tercampak la ke IPD Cheras. Tak lama pun, terus aku dan 3 orang squad mate aku diarah lapor ke KPD Cheras. Pendek cite, pas mengadap KPD, aku diarahkan lapor diri ke Balai Polis Salak Selatan, Cheras bersama sorang member 1 kompeni nama dia Suhairi

Masa aku lapor ni bulan puasa, so lepas diberi rumah kuaters tingkat 4 (atas sekali) dalam kawasan balai ni jugak untuk tinggal sementara, aku dan Suhairi ni pun letak barang² dan KPB  S.I Md Jais (dah macam nama penyanyi pulak) bagi kita orang rehat. Ngan rumah tak ada letrik tapi air ada, ngan pintu tak bleh nak kunci ermmm. Tp sebagai orang baru dalam dunia polis ni, aku hadap je la sebab Kpl Rohana kata nanti dia aturkan rumah yang lebih elok. Owh, meh aku kenalkan, Koperal Rohana ni orderly Sjn Balai, dia bertugas di  pejabat pentadbiran n buat duty roster. 

Cite pasal roomate aku ni, dia orang Kelantan, dulu dia platun 15 sedangkan aku platun 14, duk 1 kompeni tapi aku tak pernah tegur dia, ntah camne plak sekarang jadi roomate. Aku hadap je la, bukan ada pilihan pun kan.

Hari tu aku ngan Suhairi habiskan dengan melingkar je la atas blanket yang kami bawak (issue masa rekrut) sampai la nak buka puasa. Nasib la kedai mamak dekat je ngan balai, maka leh la menapak jalan kaki je. Masa ni mana ada motor lagi kan.

Tak ada apa² aktiviti yang nak diceritakan, lepas buka puasa, kami sambung lagi melingkau macam ulau lepas kenyang makan nasi mamak haha. 

Sok paginye, mula la aku diarah untuk belajar kerja² yang ada kat balai ni. 1st yang aku kena buat, melawat okt dalam lokap. Mula² aku masuk lokap, aku tengok ada 5 sel, penuh dengan orang. Macam² bangsa ada dengan kes dadah dan jenayah. Berdebar² jugak woooo, muka okt dalam tu tengok aku macam nak kunyah²kan aku plak. Tapi sebabkan aku beruniform, aku pun wat cam biasa je dan control macho skit. Koperal yang bawak aku melawat lokap tu aku tak ingat plak sape, tapi dia ada la taklimatkan aku camne tugas sentri lokap ni. Paling x best ayat dia, sentri lokap kena duk dalam lokap sekali ngan okt. Aduuuh terus rasa cam nak balik kampung plak rasanya.

Hari tu aku habiskan ngan tengok² sambil belajar dorang buat keje kat balai tu. Dalam tengah hari aku pun dapat la rumah baru tingkat 3 hujung skali. Ok la jugak dari rumah sebelum ni. Aku amek bilik belakang n Suhairi amek bilik depan. 2 je biliknye pun. Kuaters lama le katakan. Dapat la kelepasan untuk petang tu alasan nak kemas² rumah.

Esoknya la bermula secara rasminya aku dan Suhairi ni bekerja sebagai seorang anggota polis. Sebab baru lagi, kerja kat pejabat pertanyaan ngan sentri lokap je la. Masa tu balai aku ni takde sentri post wlupun post pengawal ada. X cukup anggota kot masa tu.

Makin lama aku makin selesa bekerja, dah takde la nak seram ke takut ke berdebar ke bila sentri lokap. Selepas dekat sebulan duk wat kerja dalam balai, dapatlah keluar ronda tapi wat masa tu aku menumpang motor orang lama la, helmet pun pakai helmet polis yang span dalam dia adoiyai, rasa cam nak bakau je helmet tu. Bau cam jahanam. Tapi apalah daya aku masa tu, jangankan nak beli helmet, nak makan pun dah bercatu sebab gaji tak dapat selama lebih kurang 2-3 bulan. Duit simpanan dari rekrut ada RM500 je untuk bekal duk di Kuala Lumpur sampai nak menunggu gaji dapat. Tapi jiran aku arwah abg Kahar la banyak bantu, bagi makanan siap ngan pinggan mangkuk x payah pulang. Dia kata rumah aku kosong, sampai pinggan pun xde, so dia bg je la aku pinggan mangkuk dia. Baik arwah abg Kahar, hanya Allah je la yg dpt membalas segala jasa baik arwah pd aku dlu. (Al fatihah).

Ada 1 benda yang aku kagum masa baru kerja kat balai ni. Ada 2 anggota badan besar, pakai preman, jarang nampak muka kat balai tu. Kalau dua orang ni ada kat balai, mesti ada tangkapan. Dasat dorang berdua ni. Nak tanya cam segan, tp tanya jugak la pada kawan lain. Rupanya dorang ni CPJ balai atau nama lainnya Special Round. Nama dorang ni Nazlim ngan Mustafa. Keje dorang memang cari tangkapan. Perghhh bestnye jadi dorang ni, takyah nak jaga lokap, takyah nak duk EO amek report. Kerja pun masa sendiri tak ikut roster. Start dari hari tu, aku simpan azam n cita² nak jadi macam dorang berdua ni.

Buat masa ni ada la pengalaman² berhadapan dengan situasi² yang mendebarkan jugak. Pernah tangkap orang mengamuk dengan pisau, tangkap orang gila, tangkap orang bergaduh dan macam² lagi. Panjang kalau nak cite. Angkat mayat ni biasa wlupun masa mula² tengok mayat orang mati kena bunuh atau bunuh diri rasa serun jugak. Tapi cam biasa serun ke seram ke,  dalam hati je, hadap tetap kena hadap. Askot sampai masuk peti ais dalam bilik mayat HUKM. 

Haaa meh aku cite sikit pengalaman aku masa 1st time hantar mayat ke bilik mayat HUKM. Masa tu kes jumpa mayat dah kembung, dah berbau. Mayat tu orang awam jumpa dalam longkang belakang rumah panjang Razak Mansion. Waktu tu aku tugas ronda kawasan 1/2 jam 2000 - 0001 hrs. 

Sebelum tu, aku ronda ngan orang lama then dapat arahan menghala dari balai untuk ke tempat kejadian. Jam lebih kurang 2130 hrs la jugak masa tu kalau aku tak silap. Sampai je situ, ramai la orang awam duk tengok mayat yang terperuk dalam longkang tu. Bau dari jauh lagi dah menusuk hidung. Tapi sebagai seorang hero, aku pun pergi kat lokasi mayat tu. Aku pun teringat petua ayah aku kalau nak tengok mayat ni, kena tengok dari kaki, pelan² baru tengok muka, supaya tak terkejut ayah kata. Kalau terkejut kang tu yang kata kena badi mayat tu kang. Sekali mayat tu dalam keadaan menyarap da.... dua² tangan dah kebelakang. Penuh longkang tu sebab mayat dah bengkak. Sjn balai dan KPB pun ada sana. So aku pun disuruh angkat mayat tu bawak naik ke atas tanah. Dengan cuma beralaskan plastik bag pengganti sarung tangan, aku dengan bantuan orang awam pun tarik la mayat tu. Disebabkan mayat tu dah kembung dan berlendir, ditambah plak aku pakai plastik kat tangan, punya la susah nak tarik. Aku plak tarik bahagian tangan. Skali licin plak, jadi aku pun tarik la jari dia. Tengah berjuang menarik jari mayat ni, berdetup... nasib baik aku tak tercampak ke belakang. Sebab kat belakang aku pun ada orang jadi takde la aku terjatuh. Tapi masalahnya ibu jari tangan mayat ni dah tercabut dan ada kat dalam genggaman tangan aku. Panik nye pasal aku terus pergi jumpa KPB yang duk jauh sikit bawah pokok. Dalam aku brjalan nak pergi kat KPB, mayat tu berjaya dinaikkan. So aku pun tanya KPB, "Cik, benda ni nak buat apa?". Sekali dia tengok aku tunjuk ibu jari mayat tu dia kata "eh apasal ko bawak ke sini, pegi letak kat mayat tu balik". Tak lama aku tengok dia muntah kat tepi pokok tu haha. Macam yang diarahkan la, aku campak je jari tu kat tepi mayat. Tak lama, forensik datang periksa mayat. 

Pas forensik selesai, aku n partner masa tu Encik Azahari pun bungkus ngan plastik hitam dan askot bawak ke bilik mayat HUKM. Encik Azahari ni dah tentu la bawak motor, aku ni menumpang dia, maka akulah yang naik land rover bersama pemandu dan mayat. Pastu pemandu tu bleh plak suh aku duk belakang jaga mayat takut mayat terkeluar dari plastik la takut menggelungsur terkeluar dari land rover la. Padahal aku tau dorang ni semua memang saja nak kenakan aku sebab aku baru. Seram gak ooo maklum la 1st time, pastu dengan bau dia yang power. Owh lupa nak bagitau, forensik bagitau kemungkinan mayat ni bangsa Cina dan mati dibunuh. Identiti mayat ni tak ada plk jumpa. 

Sampai kat bilik mayat HUKM, sunyi sepi tempat dia, panggil staf pun leh tahan lama. Terkejut aku tengok staf yang jaga bilik mayat ni, muka pun dah macam mayat jugak. Dia pun tunjuk mana peti ais yang kosong then aku dan Encik Azhari pun angkat la mayat ni masuk dalam peti ais tu. Lepas daftar apa sume, kami pun balik.

Sampai rumah terus bukak uniform rendam ngan air sabun sebab takut bau mayat lekat kat baju. Hidung ni tak yah cakap la, bau dia je la masa tu. 

So far sepanjang aku berhadapan ngan hal² macam ni, tak de la lagi jadi benda mistik ke paranormal ke. Sampai lepas pada tu, aku dah jadi lali dah ngan mayat, bau pun dah leh tahan, setakat askot duk ngan mayat sorang kat belakang land rover aku leh nyanyi² lagi ewaaah. Bila pengusung mayat tu bergerak², aku tahan pakai kaki je. Kerek jugak la aku ngan mayat tu tapi aku cakap jugak kat mayat tu, "aku ni tolong nak setelkan ko, ko jangan kacau aku plak ok". Bunyik cam mengarut kan, tapi tu la yang aku slalu ckp kat mayat yang aku angkat. 

Dari bulan 1 sampai la awal bulan 9 tahun 1998, aku kerja cam biasa dan takde apa² kejadian buruk berlaku pada aku. Tapi panas yang ku sangkakan sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari bak kata Nordin Ahmad dalam filem melayu klasik. Awal bulan 9 tu lah yang telah mengubah persepsi aku pada pasukan polis dan secara tak langsung mengubah diri dan perwatakan aku. Satu²nya pengalaman yang sikit pun aku tak dapat nak lupakan sampai ke hari ni.

Korang nak tau ke..... kita sambung lagi lain kali je la ok, aku ni tengah kerja ni, dah anak² buah aku tengok aku laju je manaip kat hp. Ntah² dorang fikir aku berwasap ngan awek kot haha..... babai, jumpa lagi ye. Assalamualaikum. 

P/s: Pic ada tapi kat dalam album gambar. Maklum le zaman tu mana ada hp berkamera lg, so amek gambar pon guna kodak lg haha. Klu aku ingat, nanti aku masukkan k






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bermulanya Kerjaya Kepolisian Ku