Bermulanya Kerjaya Kepolisian Ku

 Assalamulaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang sudi melayan membaca nukilan dan penulisan aku. sebagai penerangan awal, aku menulis ini adalah ingin berkongsi nasib hidup aku selama menjadi sebagai seorang anggota polis. Ya sekarang aku masih seroang anggota polis berumur 43 tahun dan  berpangkat Sarjan Mejar, Macam hebatkan. Ya, ramai kata aku masih muda untuk berpangkat Sarjan Mejar tapi hakikatnya ramai je yang lagi muda dari aku berpangkat yang sama dan ada yang lebih dari aku pun ermmm.

Mari kita mulakan cerita aku ni (Sorry ye kalau agak bosan cerita aku ni)

Aku memulakan Latihan Asas Konstabel Polis di Pusat Latihan Polis Ayer Hitam, Jempol, Negeri Sembilan (PULAPAH) siri 01/97 pada 01.03.1997. Ikutkan jadual training aku setahun tapi dipendekkan jadi 10 bulan je. Jadi banyaklah kursus yang terpaksa dipotong sebab mungkin masa tu bajet tak cukup atau ramai anggota diperlukan untuk bertugas di lapangan. 

Mula-mula lepas lapor diri dan aku dimasukkan ke Platun 14 Kompeni H. Family pun hantar aku dan barang-barang aku ke kompeni H. Pas angkat barang dan pilih katil, family aku pun balik. Masa tu aku dah start rasa sedih dan bosan teramat sangat memandangkan aku lapor diri awal agaknya sebab dalam dorm aku tu ada sorang dua tengah baring membuta atas katil. Aku pun wat 'bodo' terus kemas barang-barang masuk dalam loker yang ada. Pastu aku pun baring jugak.

Dipendekkan cerita, aku pun dah kenal ngan semua platun mate aku dan menjalani latihan kawad, latihan undang-undang, latihan menembak dan macam-macam lagi. Walaupun latihan keras namun semangat aku tak pernah luntur untuk habiskan latihan. Dapat plak jurulatih Kpl Khoo, kadang kelakar tapi selalunya strict la. Aku pernah gak kena sesah ngan dia sebab salah buat pergerakan kawad tapi ada yang lagi teruk kena.

Lupa nak citer yang aku ni pelatih paling muda adalam Platun aku ni. Masa ni aku berumur 19 tahun tapi umur bukan pembatas bagi aku untuk jadi hero hak3x. Aku agak terkenal dikalangan pelatih-pelati walaupun dari kompeni lain sebabnya aku jadi supplier rokok. Kebetulan tukang kasut bernama ARI kat dalam PULAPAH tu member main motor sekali sebelum aku masuk polis. Aku pun tak tau dia kerja tukang repair kasut kat sini. Tapi aku x berani nak order ngan dia sebab dia tua dari aku, segan la nak suruh dia buat kerja menyeludup rokok ni. Kesalahan besar sebenarnya pelatih menghisap rokok masa tu. Jadi, aku rapat ngan adik ARI, nama dia aku tak ingat plak. Dari dia ni la aku menjadi pengedar rokok di PULAPAH sekaligus menjadikan aku terkenal la jugak dikalangan pelatih-pelatih.Tapi takde la semua platun dan kompeni kenal aku cuma setiap kompeni mesti ada yang kenal aku haha.

Aktiviti menjual rokok ni aku dapat kekalkan dengan jayanya sampai tamat latihan pada lebih kurang pada 30,12,1997. Bukan tak pernah kantoi. Siap kena ambush ngan Pegawai Tatatertib (PTT) dan mendapat la aku hukuman Double Kawad selama 2 minggu dan CB selama 2 bulan. (Korang yang x tau apa benda hukuman ni leh tanya nanti kat bawah ye) Macam-macam suka duka aku selama lebih kurang 10 bulan dalam PULAPAH ni. Ni aku tak cerita pasal 'keromeoan' aku lagi ni. Sebab aku ni dorang la kata muka hensem n macho. tang mana yang hensen dan macho nya takde palk aku nampak walau hari-hari aku mengadap cermin. (Kalau korang nak tau, korang komen la kat bawah ye)

Sampailah hari tamat latihan dimana platun aku dipilih menjadi Kawalan Kehormatan sebab sebelum tu platun aku menjadi juara dalam ujian kawad. Disebabkan Kawalan Kehormatan ni nak pakai ramai, maka 1 Kompeni H la jadi Kawalan Kehormatan. Korang tau tak apa benda Kawalan Kehormatan ni. yang dalam perbarisan besar kan yang berbaris bahagian depan tu. (Kalau korang tak gak faham, google je la ye). Rasa bangga siut, Mak, Ayah, Adik beradik, Arwah nenek dan seorang sepupu perempuan datang tengok aku berkawad untuk tamat latihan. Ok lah kira selesai la ye cite bab kawad ni.

Esoknya aku tak lagi ada apa-apa latihan tapi kami semua pelatih diminta berkumpul di padang kawad berpakaian sukan. Rupanya Pegawai nak bahagikan tempat untu kami pelatih-pelatih akan bertugas. Dengan penuh debaran dan harapan dapat bertugas dengan kawan baik aku Hamzah tapi akhirnya aku diarah melaporkan diri di IPK Kuala Lumpur pada 07.01.1998. Maknanya kami diberi cuti selama seminggu untuk berehat di rumah masing-masing. Kawan baik aku Hamzah diarahkan melaporkan diri di PPH Cheras, Selangor. Balik la kami ke dorm untuk berkemas-kemas dan boleh get out dari PULAPAH. Ok kawan-kawan, aku stop kat sini kisah training ni. Walaupun sebenarnya banyak cite dan kenangan pahit manis aku masa training ni (maklumlah orang glamor dan ramai plak peminat haha), aku rasa ok le ni kan sebab aku dah lama tinggalkan menaip ni, lenguh plak tangan ngan bahu aku yang menaip macam ayam patuk cacing yang tersekat celah tanah ni. Nantikan kisah aku mula lapor di IPK Kuala Lumpur nanti ye. Assalamualaikum.



                         Ni Pic aku kat depan rumah sebelum nak gi Interview polis di IPD Seremban



Dah pun menyarung uniform polis haha




Ni masa selesai latihan tembak M16 kat Lapang Sasar PULAPAH




Ni la kawad masa tamat latihan (Ni je pic yg tinggal huhu)



Ni la Juara pertandingan kawad Platun 14 Coy H, siri 1/97 bersama oc dan orderly kompeni

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perjuangan Bermula